Sabtu, 01 Februari 2014

Gambar Pengebumian Fauziah Gee Pesakit Saraf Otak


Gambar pengebumian Fauziah atau Gee derita penyakit saraf otak. Akhirnya, penderitaan seorang isteri yang mengidap penyakit kronik saraf telah berakhir apabila Fauziah telah menghembuskan nafas terakhir pada 2 April 2013 yang lalu. Kisah pasangan ini mendapat perhatian umum apabila seorang suami sanggup melepaskan kerjayanya  untuk menjaga isteri tercinta.

http://www.melvister.com/wp-content/uploads/2013/04/abil-gee.jpg

Fauziah atau lebih mesra dipanggil Gee, menderita penyakit saraf sejak hampir dua tahun lalu. Bermula dengan serangan lelah, Gee kemudian menderita lumpuh. Jenazah dikebumikan di Makam Haji Said, Sikamat kira-kira jam 4 petang 2 April 2013. Abil mendirikan rumah tangga dengan Fauziah pada 13 Mac 2009, namun selepas dua tahun merasai nikmat alam rumah tangga, isterinya mendapat serangan asma pada 22 Jun 2011 dan sejak itu dia disahkan lumpuh selain saraf otaknya tidak lagi berfungsi.
Abil yang bekerja sebagai perunding kewangan kemudian mengambil keputusan berhenti kerja kerana nekad mahu menjaga isterinya sepenuh masa sebaik mungkin. Penderitaan dan ketabahan Abil menjaga isterinya mendapat perhatian umum yang bersimpati selain kagum dengan sikapnya. SUMBER


gee

0 komentar:

Posting Komentar

◄ Newer Post Older Post ►
 

Copyright 2011 begadang & berdagang online